Friday, 10 August 2012

Azan


PENGERTIAN AZAN
Pemberitahuan masuknya waktu solat fardhu

HUKUM AZAN 
Sunat Muaakad

MUAZZIN / BILAL
Gelaran untuk orang yang melaungkan azan.

BILAL BIN ROBAH
Orang pertama yang melaungkan azan

TAHUN DISYARIATKAN
Tahun pertama Nabi Muhammad di Madinah




KALIMAH AZAN




SYARAT-SYARAT SAH AZAN

  1. Islam
  2. Mumayyiz
  3. Lelaki
  4. Berturut-turut kalimah
  5. Masuk waktu solat
  6. Tertib

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA AZAN
  • Menghadap qiblat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
  • Berdiri ketika melaungkan azan
  • Melafazkan dengan tartil
  • Memalingkan muka kekanan ketika menyebut    حى على الصلاة
  • Memalingkan muka kekiri ketika menyebut          حى على الفلاح
  • Bersuara nyaring
  • Muazzin berakhlak mulia dan adil
  • Berdoa selepas azan

PERKARA-PERKARA MAKRUH KETIKA AZAN
  • Bercakap-cakap
  • Duduk ketika melaungkan azan
  • Muazzin orang yang fasik
  • Muazzin adalah kanak-kanak yang belum mumayyiz
  • Memanjangkan suara hingga berubah makna lafaz azan

KEGUNAAN AZAN
- Pemberitahuan masuk waktu solat
- Ketika kecemasan seperti kebakaran
- Ketika sesat dalam perjalanan
- Dilafazkan ditelinga kanan bayi
- Menghadapi peperangan
- Mengiringi orang yang bermusafir


DOA SELEPAS AZAN




No comments:

Post a Comment