Monday, 13 August 2012

Khutbah Jumaat

PENGERTIAN KHUTBAH JUMAAT
Syarahan yang mengandungi puji-pujian kepada Allah, Selawat kepada Nabi serta nasihat dan pengajaran kepada para jemaah.

WAKTU KHUTBAH DISAMPAIKAN
Sebelum solat jumaat dilakukan





RUKUN KHUTBAH

  1. Memuji Allah pada khutbah pertama dan kedua
  2. Berselawat keatas Nabi pada khutbah pertama dan kedua
  3. Membaca ayat Al-Quran didalam khutbah pertama dan kedua
  4. Memberi nasihat supaya bertaqwa kepada Allah dalam khutbah pertama dan kedua
  5. Berdoa kepada orang mukmin pada khutbah yang kedua


SYARAT-SYARAT KHUTBAH
  • Khatib (orang yang menyampaikan khutbah) mestilah seorang lelaki
  • Rukun khutbah dibaca dalam Bahasa Arab
  • Membaca dalam keadaan berdiri
  • Disampaikan dalam waktu zohor dan sebelum solat jumaat
  • Duduk sebentar diantara 2 khutbah
  • Berturut-turut 2 khutbah
  • Berkhutbah dengan suara yang nyaring
  • Khatib hendaklah menutup aurat dan suci daripada hadas
  • Khutbah didengari oleh sekurang-kurangnya 40 orang

SUNAT-SUNAT KHUTBAH
- Berkhutbah di tempat yang tinggi
- Berkhutbah dengan terang dan fasih
- Memandang kepada para jemaah
- Memberi salam sebelum berkhutbah
- Khatib duduk selepas memberi salam
- Jemaah mendengar dengan khusyuk
- Menyampaikan khutbah secara tertib
- Mengulang lafaz  الحمدلله

HIKMAH KHUTBAH JUMAAT
  1. Dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
  2. Meningkatkan keyakinan terhadap syariat islam
  3. Mendapat nasihat dan pengajaran
  4. Dapat mengetahui hal ehwal semasa



No comments:

Post a Comment