Monday, 13 August 2012

Solat Jumaat



PENGERTIAN SOLAT JUMAAT
- Solat 2 rakaat yang dilakukan pada waktu zohor
- Didahului dengan 2 khutbah

HUKUM SOLAT JUMAAT
- Wajib keatas setiap lelaki beragama islam
- Meninggalkannya dengan sengaja adalah berdosa

FIRMAN ALLAH :
9. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),


NIAT SOLAT JUMAAT




SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT

           1. Islam
           2. Lelaki
           3. Baligh
           4. Tidak Uzur
           5. Merdeka
           6. Bermustautin
           7. Berakal




SYARAT SAH SOLAT JUMAAT
  • Dilakukan secara berjemaah ( sekurang-kurangnya 40 orang )
  • Dilakukan dalam waktu zohor
  • Didahului dengan 2 khutbah
  • Dilakukan di tempat yang telah ditetapkan seperti masjid

PERKARA-PERKARA SUNAT SEBELUM SOLAT JUMAAT

- Mandi sebelum ke masjid
- Memakai wangi-wangian
- Memakai pakaian berwarna putih
- Datang awal ke masjid
- Membersih dan memotong kuku
- Masuk masjid dengan kaki kanan
- Berzikir dan membaca Al-Quran




HIKMAH SOLAT JUMAAT
  • Memuliakan hari jumaat
  • Mengeratkan tali persaudaraan sesama islam
  • Mendapat pengajaran dan nasihat daripada khutbah
  • Melatih umat islam bersatu padu


No comments:

Post a Comment