Syarahan yang mengandungi puji-pujian kepada Allah, Selawat kepada Nabi serta nasihat dan pengajaran kepada para jemaah.
WAKTU KHUTBAH DISAMPAIKAN
Sebelum solat jumaat dilakukan
RUKUN KHUTBAH
- Memuji Allah pada khutbah pertama dan kedua
- Berselawat keatas Nabi pada khutbah pertama dan kedua
- Membaca ayat Al-Quran didalam khutbah pertama dan kedua
- Memberi nasihat supaya bertaqwa kepada Allah dalam khutbah pertama dan kedua
- Berdoa kepada orang mukmin pada khutbah yang kedua
SYARAT-SYARAT KHUTBAH
- Khatib (orang yang menyampaikan khutbah) mestilah seorang lelaki
- Rukun khutbah dibaca dalam Bahasa Arab
- Membaca dalam keadaan berdiri
- Disampaikan dalam waktu zohor dan sebelum solat jumaat
- Duduk sebentar diantara 2 khutbah
- Berturut-turut 2 khutbah
- Berkhutbah dengan suara yang nyaring
- Khatib hendaklah menutup aurat dan suci daripada hadas
- Khutbah didengari oleh sekurang-kurangnya 40 orang
SUNAT-SUNAT KHUTBAH
- Berkhutbah di tempat yang tinggi
- Berkhutbah dengan terang dan fasih
- Memandang kepada para jemaah
- Memberi salam sebelum berkhutbah
- Khatib duduk selepas memberi salam
- Jemaah mendengar dengan khusyuk
- Menyampaikan khutbah secara tertib
- Mengulang lafaz الحمدلله
HIKMAH KHUTBAH JUMAAT
- Dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
- Meningkatkan keyakinan terhadap syariat islam
- Mendapat nasihat dan pengajaran
- Dapat mengetahui hal ehwal semasa